Sultan Johor: Kalau Ikut Budaya Arab Saudi, Tinggal Saja di Arab Saudi



Sultan Johor, Ibrahim Iskandar menegaskan sikapnya yang berpegang teguh kepada adat dan tradisi Melayu, daripada menerapan budaya Arab, meski dirinya seorang Muslim.

Menurut Sultan Johor, orang yang mahu "menjadi orang Arab" lebih sesuai jika menetap di Arab Saudi.

"Jika ada sebagian daripada anda mahu menjadi orang Arab dan mengamalkan budaya Arab, serta tidak mahu mengikut adat istiadat dan tradisi Melayu kita, itu terpulang kepada anda," katanya dalam wawancara dengan portal The Star Online.

"Saya juga menyarankan anda (yang lebih memilih mengikuti budaya Arab) untuk tinggal di Arab Saudi.''

"Itu adalah hak anda tetapi saya percaya ada orang Melayu yang bangga dengan budaya Melayu. Sekurang-kurangnya saya menjadi diri sendiri dan tidak munafik dan rakyat Johor tahu siapa pemerintah mereka."

Sultan Ibrahim juga menegaskan lebih suka menggunakan istilah Melayu seperti Hari Raya dan buka puasa daripada istilah Arab seperti Eid al-Fitr dan iftar.

"Saya telah menggunakan istilah Melayu sejak saya kecil dan berbicara dengan almarhum ayahanda saya sejak 50 tahun yang lalu.''

"Saya tidak mempunyai hasrat untuk menggantikan istilah ini dengan istilah Arab."
source: http://bangka.tribunnews.com/
loading...

0 Response to "Sultan Johor: Kalau Ikut Budaya Arab Saudi, Tinggal Saja di Arab Saudi"

Posting Komentar